PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR ("EULA") PROMETHEAN ACTIVINSPIRE® PROFESIONAL Ini ialah Perjanjian Lesen Pengguna Akhir untuk Perisian Edisi Profesional ActivInspire Promethean ("Perisian"). EULA ini mengikat Pengguna Akhir ("Anda" atau "Pemegang Lesen") dengan Promethean Limited yang terletak di Promethean House, Whitebirk Industrial Estate, Blackburn, Lancashire, U.K. BB1 5TH ("Promethean"). Dengan menyetujui terma EULA ini dalam cara yang dinyatakan di bawah, Anda telah bersetuju untuk memasang dan mengguna Perisian mengikut terma dan syarat yang dinyatakan di sini. SILA BACA EULA INI DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNA PERISIAN. DENGAN MEMASANG PERISIAN INI, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA EULA INI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA EULA INI, JANGAN PASANG PERISIAN. PERLINDUNGAN DATA: PERSETUJUAN UNTUK PENGGUNAAN DATA. SEKIRANYA PROMETHEAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT PERIBADI TENTANG PENGGUNA SEMASA MENAWARKAN PERISIAN, PENGUMPULAN HANYA AKAN DIBUAT SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM EULA INI DAN MENURUT UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN. DENGAN MEMASANG DAN MENGGUNAKAN PERISIAN, ANDA BERSETUJU DAN MEMBENARKAN PROMETHEAN MENGUMPULKAN DAN MEMPROSES MAKLUMAT TEKNIKAL (SESETENGAH MAKLUMAT MUNGKIN DIAMBIL KIRA SEBAGAI DATA PERIBADI MENURUT UNDANG-UNDANG DI WILAYAH ANDA) TENTANG SISTEM KOMPUTER ANDA (TERMASUK ALAMAT IP DAN MAC), PERISIAN APLIKASI DAN PERANTI PERSISIAN YANG DIKUMPULKAN SECARA BERKALA UNTUK MEMBANTU PENYEDIAAN KEMAS KINI DAN NAIK TARAF PERISIAN, SOKONGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN LAIN KEPADA ANDA (JIKA ADA) YANG BERKAITAN DENGAN PERISIAN DAN UNTUK MEMASTIKAN PEMATUHAN TERHADAP TERMA DALAM EULA INI. ANDA BERSETUJU DAN MEMBENARKAN PROMETHEAN MENGGUNAKAN MAKLUMAT INI UNTUK MENAMBAH BAIK PRODUK KAMI ATAU MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN ATAU TEKNOLOGI YANG SERUPA KEPADA ANDA. ANDA MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA JENIS DATA INI BOLEH DIPINDAHKAN DAN DISIMPAN DI PELAYAN DI LUAR KAWASAN EKONOMI EROPAH. 1. Definisi. 1.1 "Pengguna Akhir" (atau secara alternatifnya dirujuk sebagai "Anda") bermaksud Pemegang Lesen dan, jika berkenaan, mana-mana pekerja (yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada pentadbir, guru dan pengajar), perunding dan pelajar yang diberi kuasa oleh Pemegang Lesen untuk Menggunakan Perisian di Tapak Pemegang Lesen. 1.2 "Peranti Paparan Interaktif" untuk tujuan EULA ini bermaksud papan putih interaktif, projektor interaktif, panel rata interaktif atau teknologi interaktif lain yang bertujuan untuk pengajaran kumpulan besar yang lazimnya dipasangkan di bahagian hadapan kelas. 1.3 "Pemegang Lesen" bermaksud entiti (atau individu, jika diperoleh secara individu) yang membeli Perisian sebagai lesen kendiri atau memperoleh Perisian sebagai sebahagian daripada Pembelian Berkaitan tanpa caj bagi pihaknya sendiri, dan jika berkenaan, bagi pihak Pengguna Akhir. 1.4 "Tapak Pemegang Lesen" bermaksud lokasi fizikal di bawah bidang kuasa atau kawalan Pemegang Lesen, tempat Perisian dicadangkan untuk digunakan bersama-sama dengan Peranti Paparan Interaktif. 1.5 "Persetujuan Penyelenggaraan" bermaksud perjanjian yang wujud, sah dan telah dibayar penuh bagi peruntukan penyelenggaraan dan sokongan untuk Perisian oleh Promethean (sebagaimana berkenaan menurut dasar kes demi kes). 1.6 "Peralatan Yang Disahkan Promethean" bermakna Peranti Paparan Interaktif daripada pengeluar pihak ke-3 (bukan jenama Promethean) yang telah diluluskan oleh Promethean untuk digunakan dengan Perisian. Hubungi Promethean untuk mendapatkan senarai Peralatan Yang Disahkan Promethean. 1.7 "Peralatan Promethean" bermaksud peranti ActivBoard, ActivPanel, ActivTable, kit set 25/32 ActivExpression, peranti ActiVote dan perisian ActivEngage dan mana-mana Peralatan Promethean lain sebagaimana yang ditentukan oleh Promethean dari semasa ke semasa. 1.8 "Rakan Kongsi Promethean" bermaksud entiti yang diberi kuasa untuk menjual atau mengedar Perisian bagi pihak Promethean. 1.9 "Pembelian Berkaitan" bermaksud sebarang pembelian Peralatan Promethean atau Peralatan Yang Disahkan Promethean yang disertakan lesen Perisian tanpa sebarang kos tambahan kepada pembeli (tanpa caj). 1.10 "Wilayah" bermaksud negara anda bermastautin (untuk individu) atau tempat utama perniagaan anda (untuk situasi lain), sebagaimana yang terpakai. 1.11 "Kemas Kini" bermaksud keluaran Perisian yang menaikkan nombor semakan Perisian dan membetulkan pepijat, kecacatan dan/atau kekurangan atau memberikan pengubahsuaian kecil dalam operasi Perisian yang sedia ada mengikut spesifikasi yang diterbitkan tetapi tidak sebahagian besarnya mengubah ciri atau struktur asas Perisian. Kemas kini akan disediakan kepada Pemegang Lesen dengan Perjanjian Penyelenggaraan semasa pada masa itu. Promethean boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, memberi Kemas kini kepada Pemegang Lesen yang tidak mempunyai Perjanjian Penyelenggaraan semasa pada masa itu. 1.12 "Naik Taraf" bermaksud keluaran Perisian yang menaikkan nombor versi Major atau Minor dan yang mengandungi penambahbaikan untuk meningkatkan kefungsian atau keupayaan Perisian, dengan itu mengubah ciri atau struktur asas Perisian. Kemas kini hanya akan disediakan kepada Pemegang Lesen dengan Perjanjian Penyelenggaraan semasa pada masa itu. Promethean boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, memberi Kemas kini kepada Pemegang Lesen yang tidak mempunyai Perjanjian Penyelenggaraan semasa. 1.13 "Guna", "Penggunaan", "Menggunakan" atau "Digunakan" bermaksud memasang, memuatkan, menjalankan, mengakses, memakai, menyimpan atau memaparkan Perisian secara langsung atau tidak langsung. 2. Am. 2.1 EULA ini ialah perjanjian yang sah antara Pengguna Akhir (sama ada individu atau Pemegang Lesen) dengan Promethean untuk Penggunaan Perisian ini. Sekiranya pentadbir sistem atau teknikal, atau wakil Pemegang Lesen yang lain bersetuju untuk mematuhi terma ini bagi pihak semua bakal Pengguna Akhir, maka Pemegang Lesen bertanggungjawab untuk memastikan terma EULA ini difahami dan dipatuhi oleh setiap Pengguna Akhir. Perisian ini dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan persetiaan hak cipta antarabangsa serta undang-undang dan persetiaan harta intelektual yang lain. Perisian akan disampaikan melalui salah satu cara berikut: terkandung atau dipasangkan pada Peralatan Promethean atau Peralatan Yang Disahkan Promethean; atau dimuat turun dari laman web Promethean; atau dimuat turun dari CD, DVD atau bentuk media fizikal lain yang dibekalkan oleh Promethean. Dalam setiap kes, Perisian ini berlesen, tidak dijual dan tertakluk pada terma dan sekatan EULA ini. Sekiranya Perisian disampaikan oleh Promethean kepada Pengguna Akhir dalam bentuk CD, DVD atau bentuk media fizikal yang lain, maka Pemegang Lesen (atau Pengguna Akhir jika berkenaan) memiliki media yang telah digunakan untuk merakam Perisian tetapi Promethean dan/atau pemberi lesen Promethean tetap memiliki Perisian itu. Dalam apa-apa keadaan pun, hak milik atau pemilikan Perisian dan mana-mana hak harta intelektual dalam dan terhadap Perisian tidak akan dipindahkan kepada Pemegang lesen atau mana-mana Pengguna Akhir. 2.2 Bagi setiap lesen Perisian yang dibeli secara berasingan atau diperoleh sebagai sebahagian daripada Pembelian Berkaitan, EULA ini memberi Anda hak dan lesen yang tidak boleh dipindah milik, bukan eksklusif, tidak boleh disublesenkan untuk menggunakan Perisian, bersama-sama dengan mana-mana bahan atau dokumen berkaitan yang disediakan oleh atau bagi pihak Promethean kepada Anda sebagai sebahagian daripada Perisian, semasa Tempoh dalam Wilayah hanya tertakluk pada terma, syarat dan batasan di dalam ini. Untuk tujuan penjelasan, "Perisian" termasuk semua bahan dan dokumen yang berkaitan. Terma EULA ini juga akan mengawal mana-mana Kemas Kini dan Naik Taraf Perisian disediakan oleh Promethean (termasuk Kemas Kini dan Naik Taraf yang disediakan melalui Perjanjian Penyelenggaraan) yang menggantikan dan/atau melengkapi Perisian asal, melainkan jika Naik Taraf tersebut disertakan dengan EULA berasingan, maka terma EULA berasingan tersebut akan digunakan. 3. Hak Harta Intelektual. Hak milik dan pemunyaan Perisian dan sebarang paten, hak cipta, rahsia perniagaan yang mendasari dan hak harta intelektual lain dalam dan bagi Perisian atau sebahagian daripadanya tidak dipindahkan kepada Anda tetapi akan tetap terletak pada Promethean atau pemberi lesen pihak ketiganya. Perisian ini ialah maklumat sulit dan proprietari kepada Promethean dan/atau pemberi lesen pihak ketiganya dan Anda terikat dengan kewajipan kerahsiaan yang sama. Anda tidak akan mendedahkan, memberi atau menerbitkan Perisian ini atau mana-mana bahagian daripadanya (termasuk struktur pangkalan data dan format mesej) atau salinannya kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada Promethean. Anda tidak akan mengeluarkan, mengaburkan atau mengubah suai apa-apa notis paten, hak cipta, tanda dagangan atau notis proprietari lain yang terkandung dalam Perisian. Anda akan menyimpan Perisian dengan selamat, dan mengehadkan capaian kepadanya dan penyalinan atau penggunaannya. Anda akan memaklumkan Promethean dengan segera jika Anda mengetahui sebarang pemilikan atau penggunaan tanpa kebenaran Perisian ini oleh mana-mana pihak atau entiti tanpa lesen. 4. Penggunaan Yang Dibenarkan dan Sekatan. Sama ada Anda telah membeli Perisian sebagai lesen kendiri atau menerimanya sebagai sebahagian daripada Pembelian Berkaitan secara tanpa caj daripada Rakan Kongsi Promethean atau daripada Promethean secara langsung, Anda akan menggunakan Perisian ini mengikut terma EULA ini berdasarkan jenis dan bilangan Lesen yang dinyatakan dalam dokumentasi pesanan yang dipersetujui antara Anda dengan Promethean atau Rakan Kongsi Promethean. Jika terdapat konflik antara terma EULA ini dan terma dalam sebarang dokumentasi perintah, terma EULA akan diguna pakai. Terma EULA ini tidak boleh dipinda atau diubah melainkan jika pindaan atau perubahan sedemikian dinyatakan secara bertulis dan ditandatangani oleh ahli daripada Pasukan Kepimpinan Eksekutif Promethean. Untuk mengelakkan kekeliruan, tiada orang selain ahli Pasukan Kepimpinan Eksekutif Promethean disahkan untuk bersetuju kepada perubahan atau pindaan pada terma EULA ini. 4.1 Lesen Pengguna Tunggal: Lesen ini diberikan sebagai sebahagian daripada Pembelian Berkaitan dan lesen yang dibeli sebagai lesen kendiri ialah Lesen Pengguna Tunggal (melainkan disetujui secara bertulis dalam dokumentasi pesanan). Lesen Pengguna Tunggal membenarkan Perisian dipasang untuk kegunaan Anda mengikut terma EULA ini pada satu komputer yang dikendalikan di tapak Pemegang Lesen. Perisian tidak boleh Digunakan pada atau dipindahkan kepada komputer lain tetapi Perisian boleh dipindahkan kepada komputer lain di Tapak Pemegang Lesen jika komputer asal tidak berfungsi. Satu pemasangan Perisian tambahan dibenarkan pada komputer lain yang terletak di luar tapak Pemegang Lesen untuk tujuan kerja persediaan sahaja. Anda tidak akan memberi sublesen, meminjam, memajak, menyewa atau memindah atau menyediakan Perisian kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada Promethean. Bagi Pengguna Akhir, selepas penamatan pekerjaan atau hubungan kontraktual dengan Pemegang Lesen atau sekiranya pelajar, apabila pelajar tidak lagi didaftarkan oleh Pemegang Lesen, Perisian ini mesti dikeluarkan daripada komputer peribadi Pengguna Akhir dan mana-mana salinan Perisian harus dimusnahkan atau dipulangkan kepada Pemegang Lesen. Anda tidak akan memberi sublesen, meminjam, memajak, menyewa atau memindah atau menyediakan Perisian kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada Promethean. 4.2 Lesen Berbilang Pengguna: Jika dokumentasi pesanan menyatakan Pemegang Lesen diberikan Lesen Berbilang Pengguna, tertakluk pada sekatan penggunaan serentak yang ditetapkan dalam Seksyen 4.3 di bawah, Perisian tersebut dibenarkan untuk dipasangkan pada sehingga lima (5) komputer yang kesemuanya boleh terletak di Tapak Pemegang Lesen atau satu atau lebih daripada lima komputer boleh terletak di luar Tapak Pemegang Lesen bagi tujuan kerja persediaan untuk manfaat Pemegang Lesen sahaja. Perisian tidak boleh digunakan pada atau dipindahkan kepada komputer lain tetapi Perisian boleh dipindahkan ke komputer gantian jika salah satu daripada lima (5) komputer asli tidak berjalan. Contohnya, jika terdapat pembelian sepuluh (10) Lesen Berbilang Pengguna untuk Tapak Pemegang Lesen, tertakluk pada sekatan penggunaan serentak dalam Seksyen 4.3 di bawah, Perisian boleh dimuat turun kepada sehingga lima (5) komputer bagi setiap Lesen untuk sejumlah lima puluh (50) komputer. Kesemua lima puluh (50) buah komputer boleh terletak di Tapak Pemegang Lesen atau sebahagian daripada lima puluh (50) buah komputer boleh terletak di luar Tapak Pemegang Lesen bagi tujuan kerja persediaan untuk manfaat Pemegang Lesen sahaja. Bagi Pengguna Akhir, selepas penamatan pekerjaan atau hubungan kontraktual dengan Pemegang Lesen atau sekiranya pelajar, apabila pelajar tidak lagi didaftarkan oleh Pemegang Lesen, Perisian ini mesti dikeluarkan daripada komputer di luar tapak Pengguna Akhir dan mana-mana salinan Perisian harus dimusnahkan atau dipulangkan kepada Pemegang Lesen. Anda tidak akan memberi sublesen, meminjam, memajak, menyewa atau memindah atau menyediakan Perisian kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada Promethean. 4.3 Tiada Penggunaan Serentak: Walaupun setiap Lesen Berbilang Penggunaan membenarkan Perisian dimuat turun kepada lima (5) buah komputer, lesen tidak membenarkan Perisian digunakan secara serentak pada lebih daripada satu Peranti Paparan Interaktif bagi setiap Lesen pada satu-satu masa. Contohnya, jika terdapat pembelian sepuluh (10) lesen, Perisian boleh dimuat turun kepada sehingga lima puluh (50) komputer tetapi Perisian tidak boleh dikendalikan secara serentak pada bila-bila masa yang diberikan pada lebih daripada sepuluh (10) Peranti Paparan Interaktif. 4.4 Sekatan pada Penggunaan Perisian sekiranya Diberikan sebagai sebahagian daripada Pembelian Berkaitan: "Pembelian Berkaitan" seperti yang digunakan dalam EULA ini bermaksud pembelian Peralatan Promethean atau Peralatan Yang Disahkan Promethean yang disertakan bersama-sama dengan lesen Perisian Pengguna Tunggal tanpa sebarang kos tambahan. Melainkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 4.4 ini, Perisian yang diterima sebagai sebahagian daripada Pembelian Berkaitan hanya dibenarkan untuk dikendalikan dengan Peralatan Promethean atau Peralatan Yang Disahkan Promethean yang disertakan tanpa kos tambahan. Perisian tidak dibenarkan untuk dikendalikan dengan sebarang Peranti Paparan Interaktif pihak ke-3. Jika Lesen Perisian diberikan tanpa caj tambahan dengan Pembelian Berkaitan terdahulu bagi Peralatan Promethean berikut: Perisian ActivEngage, ActivExpression dan kit ActiVote, tertakluk pada pengecualian waranti yang ditetapkan dalam Seksyen 9, Perisian boleh dikendalikan pada mana-mana Peranti Paparan Interaktif (sama ada jenama Promethean, disahkan oleh Promethean atau pihak ke-3) selagi Perisian digunakan bersama-sama dengan Perisian ActivEngage, ActivExpression atau kit ActiVote yang disertakan bersama Perisian ini. 4.5 Penggunaan dengan Peranti Pihak ke-3 Yang Lain: Jika Lesen Perisian dibeli sebagai Lesen kendiri yang berasingan dan tidak diperoleh sebagai sebahagian daripada Pembelian Berkaitan seperti yang dijelaskan dalam Seksyen 4.4, Perisian dibenarkan untuk dipaparkan pada Peralatan Promethean atau Peralatan Yang Disahkan Promethean dan juga mana-mana Peranti Paparan Interaktif atau bukan interaktif daripada pengeluar pihak ke-3. Namun demikian, Perisian telah direka bentuk khusus untuk prestasi optimum dengan Peralatan Promethean atau Peralatan Yang Disahkan Promethean dan tiada waranti atau jaminan dibuat atau diberikan oleh Promethean berkaitan dengan prestasi Perisian dengan sebarang peralatan pihak ke-3. SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA WARANTI YANG DITAKRIFKAN DALAM SEKSYEN 9 TIDAK AKAN BERKUAT KUASA JIKA PERISIAN DIGUNAKAN DENGAN SEBARANG PERANTI ATAU PERISIAN BUKAN PERALATAN PROMETHEAN ATAU PERALATAN YANG DISAHKAN PROMETHEAN. 4.6 Pemindahan atau Pemberian Sublesen Dilarang: Setelah Perisian dimuat turun, Perisian tidak boleh dipindahkan kepada komputer lain kecuali untuk menggantikan salah satu komputer yang telah dimuatkan. Bagi Pengguna Akhir, selepas penamatan pekerjaan atau pendaftaran (sebagaimana berkaitan) dengan Pemegang Lesen, Perisian mesti dikeluarkan daripada komputer Pengguna Akhir yang terletak di luar Tapak Pemegang Lesen dan mana-mana salinan Perisian harus dimusnahkan atau dipulangkan kepada Pemegang Lesen. 4.7 Sekatan Sandaran: Anda tidak akan menyalin atau membenarkan mana-mana pihak ketiga menyalin Perisian, kecuali membuat satu salinan yang hanya untuk tujuan sandaran atau arkib dengan syarat semua notis hak cipta dan proprietari yang terkandung dalam salinan asal juga disertakan pada salinan yang dibenarkan. 4.8 Nyahpenyusunan: Anda tidak boleh mengubah suai, menyahsusun, menyahpasang atau melaksanakan kejuruteraan undur ke atas Perisian atau mencipta karya terbitan berdasarkan Perisian. Jika Wilayah berkenaan terletak di United Kingdom, Anda hanya boleh menggunakan hak di bawah Seksyen 50 Akta Hak Cipta Reka Bentuk dan Paten United Kingdom 1988 jika anda telah meminta Promethean mendedahkan maklumat yang diperlukan terlebih dahulu dan Promethean telah menolak permintaan untuk berbuat demikian. 4.9 Penggunaan Perisian Yang Wajar: Anda mengakui bahawa keutuhan berterusan Perisian ini dan pelaksanaan kewajipan Promethean yang diperihalkan dalam EULA ini bergantung pada Penggunaan dan penjagaan Perisian yang wajar oleh Pengguna Akhir. Penggunaan Yang Wajar dan penjagaan bermaksud Pengguna Akhir akan: (i) memasang semua Kemas Kini dan Naik Taraf yang disediakan oleh Promethean kepada Pengguna Akhir; (ii) menggunakan Perisian selaras dengan Dokumentasi yang disediakan oleh Promethean serta terma dan syarat EULA ini; dan (iii) mengikuti arahan Promethean untuk memasang Kemas Kini baharu serta membetulkan dan memintas pepijat dan pembetulan pada Perisian. 4.10 Undang-undang Berkenaan: Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang berkenaan Penggunaan Perisian dan mana-mana komponennya. Semua hak milik dan hak harta intelektual dalam dan terhadap kandungan yang mungkin terangkum melalui penggunaan Perisian ialah kepunyaan pemilik kandungan masing-masing dan mungkin dilindungi oleh undang-undang dan persetiaan hak cipta yang berkenaan atau undang-undang dan persetiaan harta intelektual yang lain. 5. Penyelenggaraan Rekod. Anda akan mengekalkan rekod yang tepat dan terkini tentang bilangan dan lokasi bagi semua salinan Perisian, termasuk tetapi tidak terhad kepada Perisian yang dipasang pada komputer yang terletak di luar Tapak Lesen seperti yang digariskan dalam Seksyen 4. 6. NFR (Bukan untuk Diterbitkan) dan Salinan Penilaian. Tanpa mengira seksyen lain dalam Lesen ini, Perisian yang dilabelkan atau diberikan kepada Anda untuk tujuan promosi hanya boleh digunakan untuk tujuan demonstrasi, pengujian dan penilaian dan tidak boleh dijual semula atau dipindah. 7. Eksport dan Hak Terbatas Kerajaan A.S. Anda bersetuju untuk tidak mengeksport Perisian, atau mengeksport semula atau menjual semula Perisian dari Wilayah, secara langsung atau tidak langsung, atau mengambil apa-apa tindakan yang akan mengakibatkan tanggapan pengeksportan Perisian tanpa mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa terlebih dahulu. Anda bertanggungjawab untuk mematuhi semua undang-undang tempatan dalam bidang kuasa anda yang mungkin memberi kesan kepada hak anda untuk mengimport, mengeksport atau menggunakan Perisian. Jika anda Kerajaan A.S. atau salah satu agensi atau pengguna akhirnya, Perisian ini ialah "Barang Dagangan" seperti yang ditakrifkan dalam 48 C.F.R. Seksyen 2.101, yang terdiri daripada "Perisian Komputer Perdagangan" dan "Dokumentasi Perisian Komputer" seperti mana istilah-istilah ini digunakan dalam 48 C.F.R. Seksyen 12.212 atau 48 C.F.R. Seksyen 227.7202, sebagaimana berkenaan. Sejajar dengan 48 C.F.R. Seksyen 21.212 atau 48 C.F.R. Seksyen 227.7202-1 hingga 227.7202-4, sebagaimana berkenaan, Perisian Komputer Perdagangan dan Dokumentasi Perisian Komputer dilesenkan kepada Kerajaan A.S., agensi atau pengguna akhirnya: (a) hanya sebagai Barang Dagangan, dan (b) hanya dengan hak yang telah diberikan kepada semua Pengguna Akhir yang lain selaras dengan terma dan syarat Lesen ini. Hak yang tidak diterbitkan terpelihara di bawah undang-undang hak cipta Amerika Syarikat. 8. Waranti Terhad dan Penafian. 8.1 Waranti Terhad: Promethean menjamin bahawa Perisian akan menunjukkan prestasi menurut spesifikasi Perisian yang diterbitkan oleh Promethean untuk tempoh sembilan puluh (90) hari bermula dari tarikh Anda memuat turun ("Tempoh Waranti") apabila digunakan dengan Peralatan Promethean atau Peralatan Yang Disahkan Promethean. Selepas Tempoh Waranti, sebarang penyelenggaraan dan sokongan bagi Perisian akan berdasarkan kelayakan Anda di bawah Perjanjian Penyelenggaraan semasa. KEWAJIPAN DAN LIABILITI TUNGGAL PROMETHEAN DAN REMEDI TUNGGAL DAN EKSKLUSIF ANDA DI BAWAH WARANTI TERHAD YANG DINYATAKAN HENDAKLAH MENURUT PILIHAN DAN PERBELANJAAN PROMETHEAN, SAMA ADA (i) MENGGUNAKAN USAHA YANG MUNASABAH UNTUK MEMBAIKI KETIDAKPATUHAN ATAU (ii) UNTUK MEMBERI VERSI PERISIAN YANG TELAH DIBETULKAN DENGAN SYARAT ANDA MELAPORKAN SEBARANG KETIDAKPATUHAN PRESTASI INI KEPADA PROMETHEAN SEBELUM TAMAT TEMPOH WARANTI YANG DISEBUT DI ATAS. 8.2 PENGECUALIAN WARANTI: ANDA BERSETUJU BAHAWA PROMETHEAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEBARANG KEROSAKAN ATAU KETIDAKAKURAN YANG DIDAKWA JIKA KEROSAKAN ATAU KETIDAKAKURAN INI DIAKIBATKAN OLEH: (I) PENGGUNAAN ANDA DALAM PERISIAN INI SELAIN MENURUT TERMA INI; (II) PENGUBAHSUAIAN PERISIAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK SELAIN PROMETHEAN; ATAU (III) KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH PENGGUNAAN TIDAK WAJAR, PENYALAHGUNAAN, ATAU KECUAIAN. PROMETHEAN TIDAK MENJAMIN BAHAWA (A) OPERASI PERISIAN AKAN SENTIASA BERJALAN DENGAN LANCAR ATAU TANPA RALAT, (B) SEMUA RALAT AKAN DIBAIKI, ATAU (C) PERISIAN AKAN MEMENUHI KEPERLUAN KHUSUS ANDA ATAU BEROPERASI DENGAN PERKAKASAN, PERALATAN ATAU PERISIAN SELAIN YANG DINYATAKAN OLEH PROMETHEAN. SELAIN ITU, PROMETHEAN TIDAK MENJAMIN PRESTASI ATAU OPERASI PERISIAN INI, ATAU MANA-MANA BAHAGIANNYA, DENGAN PERANTI PAPARAN INTERAKTIF PIHAK KETIGA, TEKNOLOGI PIHAK KETIGA ATAU PRODUK PERISIAN PIHAK KETIGA LAIN YANG TIDAK DITAKRIFKAN OLEH PROMETHEAN SEBAGAI PERALATAN YANG DISAHKAN PROMETHEAN. 8.3 PENAFIAN WARANTI: PROMETHEAN MAHUPUN PEMBERI LESEN PIHAK KETIGA ATAU PEMBEKALNYA TIDAK MEMBUAT APA JUA PERWAKILAN ATAU WARANTI LAIN TENTANG PERISIAN INI, TERMASUK WARANTI TERSURAT ATAU TERSIRAT BERKENAAN KUALITI YANG MEMUASKAN, KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN PENGGUNAAN UNTUK TUJUAN KHUSUS DAN KETIDAKLANGGARAN HAK PIHAK KETIGA DAN SEMUA WARANTI LAIN DINAFIKAN SECARA JELAS DI SINI. BIDANG KUASA TERTENTU DI LUAR AMERIKA SYARIKAT TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI TERSIRAT, OLEH ITU, PENGEHADAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK DIKENAKAN KE ATAS ANDA. WARANTI INI MEMBERI ANDA HAK TERTENTU DI SISI UNDANG-UNDANG. ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK LAIN, YANG MUNGKIN BERUBAH DARI BIDANG KUASA KE BIDANG KUASA. 8.4 Tiada apa-apa dalam EULA ini menghalang atau menyekat apa-apa hak yang Anda mungkin miliki berkaitan dengan penyelenggaraan dan sokongan bagi Perisian yang anda mungkin berhak di bawah Perjanjian Penyelenggaraan yang berasingan. 9. PENGEHADAN LIABILITI. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, PROMETHEAN ATAU PEMBERI LESEN PIHAK KETIGA ATAU RAKAN KONGSI PROMETHEAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA-APA KERUGIAN KHAS, SAMPINGAN, TIDAK LANGSUNG, TELADAN, BERBANGKIT ATAUPUN PUNITIF (YANG MERANGKUMI TETAPI TIDAK TERBATAS KEPADA KERUGIAN AKIBAT APA-APA KECEDERAAN TERHADAP MANA-MANA ORANG ATAU HARTA, KERUGIAN AKIBAT KEHILANGAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN MAKLUMAT PERNIAGAAN, KEHILANGAN PRIVASI, KERUGIAN BAGI PEMEROLEHAN ATAU PENGGANTIAN BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN, KERUGIAN AKIBAT KEHILANGAN PENGGUNAAN DATA, KERUGIAN AKIBAT KEGAGALAN MENJALANKAN APA-APA KEWAJIPAN TERMASUKLAH KEWAJIPAN BERNIAT BAIK ATAUPUN UNTUK PENJAGAAN WAJAR, AKIBAT KECUAIAN ATAU APA-APA KERUGIAN KEWANGAN YANG LAIN) YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERHUBUNG DENGAN EULA INI ATAU PENGGUNAAN ATAU PRESTASI PERISIAN, WALAUPUN NOTIS TELAH DIBERIKAN TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI BERKENAAN. LIABILITI PROMETHEAN DAN PEMBERI LESEN PIHAK KETIGA DAN RAKAN KONGSI PROMETHEAN UNTUK GANTI RUGI LANGSUNG TERHAD PADA HARGA YANG TELAH ANDA BAYAR UNTUK PERISIAN BERKENAAN; WALAU BAGAIMANAPUN, JIKA PERISIAN DIBEKALKAN KEPADA ANDA SECARA PERCUMA, LIABILITI PROMETHEAN DAN PEMBERI LESEN PIHAK KETIGA DAN RAKAN KONGSI PROMETHEAN UNTUK GANTI RUGI LANGSUNG AKAN TERHAD PADA: (I) JUMLAH £10.00 (SEPULUH PAUN STERLING) JIKA PERISIAN INI DIBEKALKAN KEPADA ANDA DI UNITED KINGDOM; (II) JUMLAH $10.00 (SEPULUH DOLAR AMERIKA SYARIKAT) JIKA PERISIAN DIBEKALKAN KEPADA ANDA DI AMERIKA SYARIKAT ATAU KANADA ATAU MANA-MANA WILAYAH ATAU TANAH JAJAHAN AMERIKA SYARIKAT; ATAU (III) JUMLAH YANG BERNILAI SETARA DENGAN $10.00 (SEPULUH DOLAR AMERIKA SYARIKAT) DI NEGARA PERISIAN DIBEKALKAN KEPADA ANDA, DALAM KES NEGARA LAIN. 10. Terma dan Penamatan. 10.1 EULA ini berkuat kuasa sebaik sahaja Anda menerima terma yang dinyatakan di sini dan akan ditamatkan mengikut mana-mana yang berlaku lebih awal daripada: (i) masa Anda berhenti menggunakan Perisian selama-lamanya; atau (ii) tarikh sebarang pelanggaran terma EULA ini oleh Pemegang Lesen atau Pengguna Akhir yang tidak dipulihkan (jika layak untuk remedi) dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah menerima notis bertulis daripada Promethean yang menyatakan pelanggaran tersebut (dalam hal ini Lesen ini akan tamat secara automatik). 10.2 Anda bersetuju, dalam tempoh tujuh (7) hari selepas penamatan, untuk berhenti menggunakan Perisian, menghapuskan semua salinan Perisian dalam pemilikan atau kawalan anda, dan sekiranya diminta, menyediakan afidavit yang mengesahkan pematuhan Pengguna Akhir kepada perkara di atas. 11. Perisian Pihak Ketiga dan Perisian Sumber Terbuka. 11.1 Perisian ini dicipta menggunakan kod sumber yang tersedia melalui pelbagai projek sumber terbuka dan perisian proprietari pihak ketiga khusus. Perisian sumber terbuka tersedia di bawah terma Lesen Awam Am Kecil GNU, salinan boleh didapati di www.gnu.org/licences. Pihak berikut telah menyumbang kepada penciptaan bahagian Perisian ini dan bagi Adobe, perisian seperti ini disediakan mengikut terma lesen terkini untuk perisian berkaitan dari semasa ke semasa. Promethean tidak bertanggungjawab untuk penggunaan apa jua jenis perisian sumber terbuka anda. Untuk mendapatkan kod sumber bagi pustaka, sila hantar surat kepada: Product Management Promethean Limited Promethean House Lower Philips Road Blackburn, BB1 5TH United Kingdom Promethean Limited telah berusaha untuk mengenal pasti dan memberi penghargaan kepada semua penyumbang Perisian ini. Bahagian aplikasi ini: © QtPdf dilesenkan di bawah Lesen Dokumentasi Percuma GNU, Versi 1.3. Bertarikh November 2008 © QtWebkit dilesenkan di bawah GNU LGPL v2.1 © FFmpeg dilesenkan di bawah GNU LGPL v2.1 © The Qt Company pustaka © xlslib di bawah LGPL © Beman Dawes, Daniel Frey dan David Abrahams (pustaka perisian dan perangsang) Perisian © Gilles Vollant © Vision Objects S.A. Hak cipta terpelihara. 11.2 Perisian ini juga mungkin mengandungi dan/atau diiringi oleh perisian dan kandungan pihak ketiga lain (secara kolektif, "Bahan Pihak Ketiga") yang mungkin memerlukan perjanjian lesen pengguna akhir yang berasingan daripada pihak ketiga. Sesetengah Bahan Pihak Ketiga disediakan mengikut terma lesen masing-masing dan terma tersebut mungkin berbeza dengan atau merupakan tambahan kepada kandungan EULA ini. Sekiranya terma lesen tersebut bertentangan dengan sebarang hak atau kewajipan yang diberikan kepada Anda di bawah EULA ini, terma lesen Bahan Pihak Ketiga akan berkuat kuasa. Penerimaan EULA ini juga mengesahkan penerimaan Anda terhadap terma lesen perisian percuma sedemikian. Promethean tidak menyokong atau mempromosikan apa-apa jua produk atau perkhidmatan diberikan oleh pihak ketiga yang membekalkan Bahan Pihak Ketiga. Anda mengakui bahawa Anda bertanggungjawab untuk membaca, menerima dan mematuhi terma dan syarat semua Bahan Pihak Ketiga tersebut 12. Penyerahan Hak. 12.1 Anda tidak akan memindah atau menyerah hak EULA ini atau hak Anda untuk Menggunakan Perisian tanpa kebenaran bertulis daripada Promethean dan apa-apa jua percubaan untuk berbuat demikian tanpa kebenaran akan dianggap tidak sah dan tidak berkuat kuasa. 12.2 Promethean boleh menyerah hak dan kewajipannya dalam EULA ini kepada mana-mana sekutu Promethean pada bila-bila masa semasa tempoh yang sah. 12.3 Berdasarkan perkara yang dinyatakan di atas, EULA ini akan mengikat dan menyebelahi kepentingan pihak yang terlibat serta pewaris dan penerima serah hak mereka yang dibenarkan. 13. Perjanjian Lengkap. EULA ini membentuk seluruh perjanjian antara pihak-pihak yang berkaitan bagi Penggunaan Perisian yang dilesenkan dalam dokumen ini dan menggantikan semua kesefahaman terdahulu atau semasa yang wujud mengenai perkara yang berkenaan. Apa-apa jua pindaan atau perubahan kepada EULA ini tidak akan berkuat kuasa melainkan jika pindaan atau perubahan dinyatakan secara bertulis dan ditandatangani oleh ahli daripada Pasukan Kepimpinan Eksekutif Promethean. Pihak-pihak dalam perjanjian ini mengesahkan bahawa mereka telah meminta supaya EULA ini dan semua dokumen berkaitan didrafkan dalam bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat konflik pentafsiran antara versi bahasa Inggeris dan mana-mana terjemahan EULA ini, versi bahasa Inggeris akan berkuat kuasa. 14. Kemandirian. Mana-mana peruntukan dalam EULA ini, yang tersurat atau tersirat, bertujuan untuk berkuat kuasa atau terus berkuat kuasa dan berkesan pada atau selepas penamatan EULA ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada peruntukan tentang Waranti dan Had Liabiliti, akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya. 15. Undang-undang Yang Mentadbir. 15.1 Jika Wilayah terletak di Amerika Syarikat, Kanada atau mana-mana wilayah atau tanah jajahan Amerika Syarikat, Perjanjian ini, sebarang pertikaian yang timbul dalam ruang lingkup atau yang berkaitan dengan Perjanjian ini (mahupun dalam kontrak, tort atau sebaliknya), dan kesahan, pelaksanaan dan pentafsiran Perjanjian ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan dari semua aspek mengikut undang-undang Negeri Washington, Amerika Syarikat, tanpa memberi kesan pada prinsip konflik undang-undangnya. 15.2 Jika Wilayah terletak di mana-mana negara lain, Perjanjian ini akan ditadbir oleh undang-undang Inggeris dan semua pertikaian akan diadili mengikut bidang kuasa eksklusif mahkamah Inggeris. 15.3 Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Kontrak Penjualan Barang-barang Antarabangsa dinafikan secara khusus. 16. Kebolehasingan. Jika sebarang peruntukan yang terkandung dalam EULA ini didapati melanggar undang-undang yang berkuat kuasa, peruntukan tersebut boleh diketepikan atau dipinda setakat yang diperlukan untuk mencapai kesan ekonomi yang sama untuk Perjanjian ini dikuatkuasakan dalam bidang kuasa sedemikian dan bahagian selebihnya dalam Perjanjian ini akan tetap berkuat kuasa dan berkesan secara penuh. 17. Tajuk. Tajuk seksyen yang terdapat dalam EULA ini dimasukkan hanya untuk memudahkan pembacaan dan tidak dalam apa-apa jua cara pun mentakrifkan, membatas, mentafsirkan atau menghuraikan skop atau takat seksyen tersebut atau mempengaruhi EULA ini. 18. Pertanyaan. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang terma EULA ini atau hak anda di bawah ini, sila hubungi Rakan Kongsi Promethean yang menjual Perisian atau Pembelian Berkaitan kepada anda, atau hubungi Promethean di https://support.prometheanworld.com. 19. Maklum Balas. Sekiranya Pengguna Akhir memberikan sebarang cadangan, komen atau maklum balas kepada Promethean (termasuk pengubahsuaian atau cadangan pengubahsuaian mana-mana komponen Perisian atau produk-produk Promethean yang lain), maka Promethean akan mengendalikannya secara tidak dirahsiakan dan bebas menggunakannya untuk sebarang dan segala tujuan, tanpa sebarang pampasan, makluman atau apa-apa jua jenis kewajipan yang lain kepada Pengguna Akhir. 20. Notis. Pemegang Lesen atau Pengguna Akhir boleh memberikan notis kepada Promethean di bawah lesen ini dengan mengirimkan notis ke alamat yang dinyatakan dalam perenggan pertama EULA ini atau ke alamat terbaru yang dimaklumkan oleh Promethean kepada Pengguna Akhir dan hendaklah dialamatkan sebagai "Attention: Legal Department." Notis kepada Pengguna Akhir yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada notis Naik Taraf atau Kemas Kini Perisian atau EULA ini, boleh diberikan oleh Promethean sama ada dengan (a) menghantarnya ke alamat e-mel Pemegang Lesen atau ke alamat perniagaan yang ada dalam rekod, ataupun ke alamat e-mel atau alamat perniagaan terakhir yang dimaklumkan oleh Pemegang Lesen kepada Promethean; atau (b) menyediakan pemberitahuan pada laman web Promethean https://support.prometheanworld.com. © Promethean 2020. ActivInspire, Promethean dan jenama yang berkaitan dengan Promethean ialah tanda dagangan Promethean Limited.